Description
Cara Tangas Basah :
1 -Sediakan air didihan 1 liter
2 – Apabila air sudah mendidih masukkan 1 uncang biar hingga kembang herba ada warna dan bau. Angkat uncang dan simpan di peti sejuk supaya boleh diulang guna.
*NOTA*: Uncang boleh diulang guna selagi ada bau dan warna herba. Pastikan tidak bertangas bersama uncang. kerana uncang tidak boleh di ulang guna jika sudah bertangas. Dikhuatiri sudah tercemar.
3 – Masukkan air rebusan tangas basah dlm baldi/ besen & titik 3-5 titik minyak kuntum (jika mahu)
4 – Letak besen/baldi bawah kerusi plastik yang ada lubang..
5 – Duduk & balutkan badan dengan kain tangas/batik (pastikan sampai kaki). Tangas 10-15 minit.
Cara Tangas Kering :
1 – Koyak sachet tangas dan masukkan ke dalam mangkuk
2 – Bancuh bersama dengan air suam dan titikkan minyak kuntum 5 titik (jika mahu)
3 – Pastikan bancuhan menjadi pekat seperti pes
4 – Panaskan batu 3 minit atas dapur dengan api perlahan.
5 – Angkat batu yang panas, masukkan ke dalam periuk tanah atau periuk khas rice cooker
6 – Tuangkan pes tangas yang dah dibancuh ke atas batu panas.
7 – Pakai Kain Jerut Tangas dan duduk di bangku yang berlubang khas untuk bertangas
8 – Tangas ikut keperluan
Reviews
There are no reviews yet.